Sunday 17 June 2012

The Real Krabby Patty Formula Found~! (",)



Selama ni, Plankton dah cuba nak dapatkan resipi rahsia Krabby Patty. Tapi sekarang, Plankton dah boleh bergembira dengan adanya video ni! Video ni menunjukkan cara-cara membuat krabby patty sama seperti dalam cerita Spongebob Squarepants.  Jangan bagitahu Plankton, tapi kalau dia tahu jugak, apa salahnya!!

Thursday 31 May 2012

A Little Tribute to Earth Day!



Assalamualaikum... Hey guys!

Hari ni aku nak kongsikan satu video bertajuk "Carbon Copy" hasil nukilan Afiq Deen dan dilakonkan oleh Aman Wan. Video ni aku share bersempena dengan Hari Bumi Sedunia 2012. Almaklumlah, tahun ni aku tak dapat nak sambut secara online dan aku teringin nak kongsi sesuatu mengenai Hari Bumi.

Video ni agak menarik sebab video ni ada special visual effects. ('[]')
Ia mengisahkan seorang lelaki yang berjalan-jalan di taman dan membuang sampah merata-rata lepas makan. Setiap kali berjalan, dia buang sampah, dan setiap kali dia buang sampah, seorang klon akan muncul serupa macam dia. Tak lama kemudian, makin banyak pulak klon tu..

Sampai satu masa tu, dia (yang asal) terasa nak melepaskan hajat terpendam. Apabila tengok sekeliling je, semua klon-klon tu pun terasa benda yang sama. Tapi dia tak peduli lalu pergi mencari tandas awam terdekat. Sekali sampai, penuh berbaris klon-klon nak buang air. Dah tak tertahan ni, dia melutut mengerang kesakitan. Ada sampah kecil kat depan dia, tergerak hati pulak nak buang dalam recycle bin.

Tiba-tiba seorang klon hilang dan lenyap sekelip mata! Dia terkejut kemudian sedar untuk kutip balik semua sampah yang dia buang. Satu-persatu sampah dikutipnya, klon-klon tu pun hilang.

Sampai sampah terakhir dah buang dan dia dah nak sampai kat tandas, klon terakhir yang kebetulan baru habis buang air tapi belum keluar lagi, hilang sekelip mata, tak sempat pun nak buka pintu yang terkunci. Maka hajatnya nak terkucil dah terbantut... XD

Moral of the story: JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA. Nanti buruk padahnya..

Okay, so that's all my contribution to the Earth Day. I hope that we all can help reserve the Earth as it is today for the better generation tomorrow.

Good luck, goodbye, assalamualaikum.... (Y)

Saturday 26 May 2012

Susah Peperiksaan?!?



Yeah! Just one of Ersyad's vlog. I don't know why I shared this, but this fits to my feeling right now! XD Kbye!

Saturday 28 April 2012

Alamak Peperiksaan!!! (New Ersyadification Video + Ikhmal Zikry mentioned!)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dah lama tak berblogging ni. Tetiba je buka channel Ersyadification, terserempak dengan video ini yang view nya lebih 1,000 (thanks to AmanWan, apparently). Lastly, if you recognize, he mentioned my name. Aww~ So nice! :)

Till then, chaw!

Friday 16 March 2012

Awesome AmanWan!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Peace guys~!
(kalau jawab dapat pahala, kalau tak jawab dosa pulak, tapi jawab tu kena ikhlas, bukan sebab nak disayangi, kay?

So, baca topic je, korang mesti dah tau siapa AmanWan? Tak kenal? Okay, kalau betul-betul korang tak kenal, meh kita jenguk salah satu video dia yang terkenal...


Video ni mesti korang pernah tengokkan? And maybe ada yang masih tergila-gilakan pasal video ni. Mana taknya, satu Malaysia jadi viral pasal video ni. Parodi sebegini memang best and orang akan layan habis punya lah.

Yup! Penciptanya ialah tak lain tak bukan AmanWan. Bawah ini ada gambar dia. Seriously, muka dia macam Aaron Aziz, tapi peminatnya kata "Aaron Aziz versi chubby" (huhu.... sorry bro!)

The many faces of AmanWan (cute and chubby~!)

According to my fellow friend, AmanWan's real name is Muhd Syawan Zulkifli. AmanWan ni seorang pekomik, blogger, vlogger, dan seorang freelancer. Personally, I think he is one of the awesome Malaysia vlogger, next to Anwar Hadi, Mat Luthfi, Maria Elena and others.

Sekarang dia agak busy sikit, sebab oleh kerana dia juga seorang pekomik, jadi dia banyak melukis komik dan bekerjasama dengan kak Ain Maisarah (one of my favourite novelists). Oh, by the way, dia juga ada split personality, iaitu Mat Blink. Mat Blink ni adalah maskot bagi Blink Book Sdn Bhd, dan AmanWan sendiri ada buat promosi untuk novel-novel nukilan kak Ain Maisarah ni. Personally, aku terbahak-bahak ketawa bila tengok AmanWan berpakaian ala-ala perempuan gedik dan jutawan. Pendek kata, macam-macam lagi la si AmanWan ni buat. He's MULTI-TALENTED!!!

Apa yang aku minat pasal dia ni? Hmmm... sebenarnya dialah inspirasi aku untuk memulakan kerjaya sebagai seorang vlogger, next to nigahiga. Dia banyak buat video-video tutorial macam mana nak bervlog atau interview, and kadang-kadang cara penyampaian dia yang sempoi tu buat aku tergelak dan terasa seketika. (pfft~~) Kalau korang nak inspirasi macam mana nak bervideo-blog, tonton video dia kejap dalam masa 2-3 minit and korang pasti dapat catch-up dalam dunia YouTube. Dia juga ada la promote beberapa produk, but in a funny and hilarious way! XD


So, kalau korang nak bertanyakan apa-apa lagi pasal AmanWan, klik ke official page AmanWan. Go ahead ask a few question and your question may be publicly answered in his version of FAQ video called "WAW: Weh AmanWan!!"

Pendek kata lagi...
AmanWan.
Is.
Awesome(r).
(sebab awesome dah diambil oleh Ersyadification, XD)

Good Luck AmanWan! Aku doakan yang terbaik untuk kau ok!

So, that's all folks. See ya next time! Peace. KBye!
Assalamualaikum... :)

Project Ersyadification!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Hey guys!


So, hari ni, aku nak post pasal sesuatu, maksud aku, seseorang. This guy is possibly one of the best YouTubers and Malaysian vloggers that I've ever watched. Who is this guy? Well, korang kena tengok video latest dia dulu.


This is Ahmad Ersyaduddin, better known as Ersyadification. Kalau korang tengok video dia ni, memang kelakar gila. Boleh terbahak-bahak and tak tahan gelinya. Senang kata, tak kering gusi. (Ersyad, if you're reading this, this is not considered as "bodek", k?) Dan kalau korang perasan kat setiap video dia, ada description yang mengatakan dia ni inspired by AmanWan, another awesome Malaysian vloggers (the one yang create video Iklan Gangster tu... if you notice. C'mon guys, it's viral)

This is Ahmad Ersyaduddin a.k.a Ersyadification

Dan mungkin ada di antara anda semua yang bertanya,
"Macam mana kau kenal budak ni?"
"Weh, kelakar doe aku tengok dak ni..."
"krik, krik, krik..."
"bla... bla... bla... I love Ersyad.... bla bla bla..."

It's funny story really, when I flashbacked myself to the moment that I knew who is Ersyadification. Suatu hari, seperti biasa, seorang budak lelaki dan laptopnya, melayari laman Facebook nya. Kemudian, dia klik ke homepage AmanWan just to see if there's any awesome video from him. Then, salah seorang user ni ada share satu video buatan sendiri. So, as exciting as it is, satu persatu video eden bukak. (muahahaha XD stalker) And I think, "This kid got a talent, an awesome talent..." So, you guessed how's the end of it.

Pendek kata...
Ersyadification.
Is.
Awesome.
[insert awesome face here]

So guys, I hope you all give him a chance to make you laugh or cry, or laugh and cry at the same time (laughry?) Hope to view more of this awesome vlogger. KBye! Peace!

Assalamualaikum wbt. (",)

P/S: Seriously, I is jealous with you, Ersyad. XD

Hello World!

Assalamualaikum and wassup yo!

Anyway, I'm gonna blog in whether in BM or English, cause I write what's on my mind right now, kinda like a vlog. Oh, and by the way, before anything happens, I would like to wish a warm welcome to all my visitors, and followers (kalau adalah follower kat dalam blog ni, pfft~)

Anyhow,

Kepada mereka yang first-time mengenali siapa Ikhmal Zikry ni, this is me.. :)

Not so fancy, I guess. But, what the heck...
-Ikhmal Zikry
-16 y/o (2012)
-A blogger (apparently, duh...)

Jadi, itu jelah introduction tentang Ikhmal Zikry, pemilik blog ni. Dan kalau korang ada masa lapang, boleh jenguk balik ke blog ni untuk tengok update tentang YouTube, Facebook, Twitter (err... myspace... lol) dan macam-macam lagi pasal kehidupan aku. Okay, making my mark here! Peace and bye!

Assalamualaikum wbt.... :)