Friday 15 March 2013

Hostel Family Pics ^_^

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera!

Baru-baru ini, kat asrama aku ada sesi fotografi ikut dorm. Berikut adalah gambar-gambarnya. Enjoy! :)
(Sila klik gambar untuk pembesaran...)

Cameraman: Ikhmal Zikry :)
Model kamera: Samsung DV300F
Venue: Dewan Makan ar-Razzaq

Kalau nak tengok gambar-gambar asal, klik link kat bawah ni....

Dorm 1 (Al-Halim)

Ahli-ahli dorm 1
Para senior dorm 1 (form 4 dan form 5)

Saturday 2 March 2013

Flashback: Januari & Februari - Bulan Comot!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sepanjang dua bulan ni, dah banyak benda aku alami dan hadapi. Dan dapat sesuaikan diri dengan sekolah lama sebab baru pindah balik tahun ni.

Sekadar berkongsi cerita, tahun ni adalah tahun yang amat penting dalam hidup aku. Tahun ni lah aku kena buat sehabis baik dan cemerlangkan diri aku. Yup, tahun ni aku hidup sebagai seorang calon SPM.

Sesetengah orang mungkin kata:

"Ala~~ SPM je kot, takde apa je kot...."
"SPM ni kena buat betul-betul.... jangan main-main"
"SPM mesti straight A tau!"
"SPM tu apa??"

Dan, dari awal-awal lagi, semua dah cakap macam tuh. Siap meletakkan kepercayaan, amanah, dan harapan sepenuhnya kat bahu aku. Ok, jujurnya, aku rasa terbeban lah sebab semua mengharapkan aku cemerlang dalam SPM.

Anyway, dalam dua bulan ni juga, dah macam-macam aku redah. Aku bukan cakap pasal halangan dan cabaran hidup je, tapi aku dah redah lumpur, watercolour, kolam, sungai, tasik.... fuhh....