Saturday, 2 March 2013

Flashback: Januari & Februari - Bulan Comot!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sepanjang dua bulan ni, dah banyak benda aku alami dan hadapi. Dan dapat sesuaikan diri dengan sekolah lama sebab baru pindah balik tahun ni.

Sekadar berkongsi cerita, tahun ni adalah tahun yang amat penting dalam hidup aku. Tahun ni lah aku kena buat sehabis baik dan cemerlangkan diri aku. Yup, tahun ni aku hidup sebagai seorang calon SPM.

Sesetengah orang mungkin kata:

"Ala~~ SPM je kot, takde apa je kot...."
"SPM ni kena buat betul-betul.... jangan main-main"
"SPM mesti straight A tau!"
"SPM tu apa??"

Dan, dari awal-awal lagi, semua dah cakap macam tuh. Siap meletakkan kepercayaan, amanah, dan harapan sepenuhnya kat bahu aku. Ok, jujurnya, aku rasa terbeban lah sebab semua mengharapkan aku cemerlang dalam SPM.

Anyway, dalam dua bulan ni juga, dah macam-macam aku redah. Aku bukan cakap pasal halangan dan cabaran hidup je, tapi aku dah redah lumpur, watercolour, kolam, sungai, tasik.... fuhh....


Baru-baru ni, aku ada post pasal perkhemahan kat Sembrong (tengok previous post aku). Tu salah satunya. Kat sana aku dah redah lumpur dan sungai....

Bulan Januari hari tu pulak:

1. Explorace Asrama

Kitorang ada buat satu permainan yang melibatkan semua orang kat asrama, iaitu Explorace. Kawasan permainannya, di sekitar sekolah dan asrama. Banyak aktiviti yang agak comot, lasak dan licik disediakan. Mula-mula, kitorang (para senior) dah plan nak kasi mandi dan bagi makeup kat bebudak junior (in other words.... simbah air dan calit watercolour kat muka dan anggota badan), tapi, huru-hara sampai harok jadinya akhir sekali. Sampai aku pun comot habis. At the end of the day, it was all fun and chaos.

2. Night Walk / Malam Burung Hantu

Ni adalah salah satu agenda kat asrama kitorang yang dah menjadi tradisi setiap tahun. Aku dah pernah alami sejak form 1 lagi, tapi bila dah jadi senior ni, batch aku pula yang handle and organise semua ni. Aktiviti ni bukanlah nak menakut-nakutkan junior, tapi nak menyuntik dan mewujudkan sifat keberanian kita, menajamkan keupayaan dan skill kita, serta nak menunjukkan sama ada kita takut pada Allah atau pada makhluk-Nya yang lain. Kitorang sendiri yang handle pun ragu-ragu nak kacau atau main-main. Sebabnya, bukan kita je makhluk Allah kat dunia ni. Jadi, sebagai makhluk-Nya, wajib kita bertakwa dan takut pada Allah s.w.t. dan insya-Allah iman kita akan lebih peka dan mahir menilai.

3. Dorm 5. :)


Sepanjang aku kat asrama HS ni, dua dorm je yang aku dah rasa duduk untuk sepanjang tahun tertentu.

Form 1 - dorm 3
Form 2 - dorm 5
Form 3 - dorm 3
Form 4 - dorm 5 (lepas tu pindah SBP)
Form 5 - dorm 5 (pindah HS balik)

Dorm-dorm lain pun aku dah pernah tidur, cuma aku tak pernah tinggal kat dorm tu untuk setahun. Tapi, tak kisah lah mana-mana dorm pun, janji dapat tinggal dengan selesa dan hidup berasrama dengan kawan-kawan. Kan? :)

4. Senior Year!

Yup, being form 5 in asrama means you get to be the senior! Hahaha.... Cita-cita setiap junior ialah untuk menjadi seorang senior di asrama. Tak kisahlah korang nak jadi senior yang jahat atau baik, but I promise myself to become a good senior. :) No matter what happens.

Biarpun tahun ni aku senior, study tetap diutamakan. Nak kejar kejayaan bukan senang. Demi SPM! xD

5. Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Awal bulan Februari hari tu, ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah. Aku jadi photographer tak berbayar kat sekolah (like usual....) snap-snap gambar and video. Aku pun ada join berqasidah juga. First time, aku dengar dan berqasidah beramai-ramai, teruslah jadi minat aku untuk berqasidah selalu. Aku suka dengar qasidah Sholatun Bissalamil Mubin, Ya Badrotim dan Ya Hanana. Kalau ada masa nanti, aku buat post pasal qasidah pula, ya! Ni ada bingkisan video yang sempat dirakam sepanjang persiapan dan hari sambutan maulidur rasul tu.

Latihan Qasidah Sholatun Bissalamil Mubin:

Latihan Qasidah Ya Hanana:

Persembahan Qasidah Ya Hanana:

Persembahan Sketsa Pendek:

Dan tahniah kepada Hakim yang dianugerahi Tokoh Maulidur Rasul tahun ni! Syabas kawan! ^^

6. My Beautiful Malaysia Day

Aku rasa, benda ni berlaku kat setiap pelosok tempat di Malaysia.

Hari tu semua orang akan turun padang → bergotong royong membersihkan kawasan-kawasan sekitar bandar → berkumpul semula → buat cabutan bertuah → ucapan daripada pemimpin tempatan → aktiviti lain-lain → nyanyi lagu 1M4U , lagu 1 Malaysia, lagu negeri, dan lagu Negaraku → balik.

Tapi tempat semua orang berkumpul tadi still bersepah dengan sampah. Irony bounds, isn't it? Well, aku taknak argue pasal tuh.

Asrama kitorang pun terlibat sebagai wakil High School Batu Pahat. Sepanjang aktiviti ni, macam-macam berlaku. Bertembung dengan asramawan TIGS, menyanyi dalam hujan, cabutan bertuah dapat dapur gas..... hahaha. At the end of the day, semua penat → balik asrama → tidur! xD

7.  Bahas Ala Parlimen

Saja nak share, kalau korang tengok post aku yang lepas, aku ada cerita pasal #SkuadBahasHS yang walaupun kitorang tewas awal, tapi dah ada pengalaman untuk yang belum pernah masuk, dan tambah pengetahuan dan pengalaman bagi yang dah veteran (macam aku...)

Ni yang berlaku masa latihan. Behind the scene. xD


Aku rasa itu je kot yang boleh aku share buat masa ni. Sebenarnya banyak lagi, tapi tengoklah kalau ada waktu lagi nak menaip. Sampai di sini sahaja. :)

Assalamualaikum! :D

-out-

No comments:

Post a Comment