Assalamualaikum....
|
Err...... comotnya..... XD |
Baru-baru ni, aku ada join satu kem kepimpinan yang melibatkan 4 jawatan kat sekolah:
- PRS (pembimbing rakan sebaya)
- Pengawas Pusat Sumber
- Pengawas CC / PAK (Pusat Akses Kendiri)
- Pengawas Asrama
Aku ikut kem ni sebagai pengawas asrama sebab buat masa ni, aku pegang jawatan sebagai setiausaha asrama (walaupun baru tahun ni masuk asrama.....). As always, aku selalu anticipate something new to learn at this camp. Kitorang camping kat Sembrong Agro Lake Resort. Tak lah jauh sangat daripada pusat bandar BP ni. Setakat satu jam perjalanan pergi....
Berbekalkan my digital camera and my trusty mp3, let the camping begins.... :)
|
Sebelum pergi..... a snapshot of asrama. |
|
Antara yang pergi.... |
|
Ni antara pengawas asrama yang pergi. Btw, pengawas asrama naik satu bas yang sama. |
|
Malu bebenor nak bergambar..... |
|
Mampu senyum je.... |
|
Muka eager betul nak pergi... |
|
Ceh! Masing-masing nak control macho. |
|
Eh! Eh! Malu je..... |
|
Senyum kat kamera ye kak! |
|
Tak bersedia nak ditangkap gambar neh! |
|
Rohaidi! My best friend... :) |
|
Tu diaa.... Warden asrama! |
|
A selca while leaving BP. |
|
Azam and Fadli.. xD |
Tapi.... disebabkan terfikirkan akan aktiviti-aktiviti yang agak kotor dan lasak sepertimana yang direncanakan, aku terpaksa simpan kamera aku dengan cikgu. Tak dapat lah nak snap-snap lagi gambar masa aktiviti. Esoknya, baru dapat snap gambar lagi. But....
|
How about starting your day with a dip in the mud and a splash in the pond? Hahaha..... messy from the morning! Got sand, mud, and all natural stuff at the back of your pockets, even in those little places.... hahaha xD
|
Pengetua kitorang, En. Misli Rosbadi sangat sporting dan relax je bila budak-budak ni nak peluk dia, walaupun dah berlumuran lumpur dan air kolam bagai.... hahaha. Best principal ever, I guess...
|
All the participants of the camp. Rock on, guys! |
Banyak benda kitorang belajar kat sana, termasuklah buat cheerlah, tepuk-tepuk tangan bagai..... Lagi best buat kat tepi campfire. Perghh.... memang syok gila lah. Sampai terbawa-bawa cheer tu kat asrama...
|
Sambil buat cheer.... happening gila! |
Kitorang ada jugak makan BBQ and all of that. Malam kebudayaan? Memey ada. Walaupun 2 hari 1 malam, tapi best giler. Bukan senang dapat makan makaroni and cheese + BBQ by the lake.
Tapi... yang lebih syoknya pula ialah....
TRAGEDI DIKEJAR KUDA BERAMAI-RAMAI!!!
Ini bukan tipu, ini bukan cerita seram, ini bukan cerita dongeng olok-olok orang tua-tua.....
Tapi ini benar belaka, dan tiada yang benar melainkan yang benar-benar.
Ceritanya begini:
Lepas BBQ je, semua peserta dah kepenatan dan kena jalan kaki balik ke bilik penginapan (about 100 m, maybe). Masa tu, bulan mengambang penuh dan taklah segelap mana pun. Malah, malam tu antara malam paling terang pernah aku alami.
Sepanjang kitorang kat port BBQ by the lake tu, ada seekor kuda ni. Abang faci kata kuda tu kuda lumba, berumur 7 tahun. Bayangkan..... kuda umur 7 tahun tingginya seperti seekor kuda dewasa. Kuda ni nampak macam jinak je.... sebab dia asyik datang makan rumput keliling port BBQ tu. Kitorang pun taklah rasa pelik sangat. Kuda je kot.... pfft~
Anyway, back to the story...
Sedang aku syok berjalan lenggang kangkung by the lake menikmati keindahan alam di waktu malam bagai itik pulang petang, tetiba orang-orang kat belakang jerit: "KUDA KEJAR! KUDA KEJAR!"
"Aik? Kuda kejar....? Biar betul?" aku terfikir.
Aku ingat dorang main-main je, siap cakap ole bagai... Mana taknya, sejak dua menjak ni, budak-budak suka troll orang pakai ayat ole tu!
Dengan tak semena-menanya, orang-orang kat belakang aku dah berlari merempuh dan menolak-nolak aku ke hadapan. Aku pun apa lagi, kasi tolak semua orang lah... tak kira amoi ke, awek ke, adik ke..... walaupun tak tau apa sebabnya kitorang kena lari.
Sekali.... BAM! Keluar si kuda laju tu berlari kat sebelah aku. I mean, BETUL BETUL SEBELAH AKU! Aku terperanjat gila! Sampai ada sorang amoi form 6 (namanya Christine) jatuh tersadung dan kuda tu betul betul atas dia. This is serious! Kalau dipijaknya amoi tu, mau taknya jadi kes....
Nasiblah ada sorang hamba Allah ni halau kuda tu dengan menepuk badannya. Lalu kuda tu berlalu pergi.... berlari mengejar entah siapa pengacau yang menyebabkan kuda tu mengamuk.
Nilah salah satu kenangan terindah yang akan kitorang kenang kat sini.
Dan gambar-gambar di bawah ni pula gambar time kitorang nak balik ke BP. Memang betul apa yang cikgu Lutfi kata, "sampai tak nak balik!"
|
Makan dulu sebelum gerak! |
|
Sembrong Lake Seat Zone. Kalau berkesempatan, nak pi lagi.... memang syok! |
|
Cikgu Rozlin yang gigih mengikuti aktiviti kami dan merakam setiap detik dengan kameranya walaupun penat... |
|
Anwar & Nasir |
|
Safiqah, MC untuk majlis penutup.... |
|
The guy who taught everything about "back-to-the-basic" thing, Abang Nazreen. |
|
Tempat ke-7: Cengkerik Pemalu (krik... krik.... krik....) |
|
Tempat ke-5: Garuda. (team aku!) |
|
Tempat ke-3: Cats (meow!) |
|
Naib Johan: Landak! (Ole! ole! ole!) |
|
Johan Pasukan Terbaik: Angsa Ganas! (Yeeha!!!) |
|
Still smiling Rohaidi.... |
|
Gambar terakhir sebelum naik bas dan bergerak ke BP.... |
|
Ladang kuda dan kenangan yang tak dapat dilupakan..... xD |
|
Senyum dan peace! ^_^ (Y) |
|
cewah! xD |
|
Comey nyewww... xD |
|
:O |
|
Hahahahaha.... xD |
|
Adli messing with my camera while I'm asleep.... |
|
Tired. Sleeping. Exhausted. Me. |
Well, that's all for this post. Aku pun dah ngantuk ni..... Kita jumpa lain kali je ye! Assalamualaikum! :)
No comments:
Post a Comment