Thursday 21 February 2013

Running Man daebak~!

Assalamualaikum....
Dari kiri: Lee Kwangsoo, Kim Jong Kook, Yoo Jaesuk, Song Jihyo, Song Joong Ki, Ji Suk Jin, Haha & Gary
Hari ni, aku nak share salah satu minat aku kat korang. Baru-baru ni (tahun lepas), aku dah gila dengan Running Man. Gila maksud aku gila sampai obses dan syok gila-gila bila menonton Running Man. Tak kisah lah kat TV ke kat Internet atau downloaded.

Maybe not much daripada korang tau apa benda tu Running Man?

Of course lah maksudnya literally ialah orang berlari. (duhh....)

Sebenarnya, Running Man tu adalah sebuah rancangan variety (ala-ala game show, show untuk seisi keluarga) terbitan SBS (Seoul Broadcasting Station), Korea. Yup. It's korean, guys. And don't relate them to Kpop.

Ni aku nak tegur sikit, orang Malaysia ni, bila dengarnya Running Man, diorang mesti kaitkan dengan Kpop. Seriously, Kpop dengan Running Man tak sama, kay. Because the cast of Running Man ni semuanya pelakon dan penyanyi sahaja. Kpop is more about dancing and singing synchronizing-ly, accompanied by pop and techno musics.

Mula-mula aku start addicted dengan Running Man, aku TER-tengok daripada laptop kawan aku. Daripada situ, aku mula minat dan start kumpul episod demi episod, tengok setiap episod dan gelak tak henti-henti depan laptop sendiri sampai orang kata aku gila. Hahaha xD

Ni episod pertama yang aku tengok. And by the way, setiap episod akan ada guest (kebanyakannya pelakon atau artis-artis kpop macam SNSD, Super Junior, Big Bang dll) Dan setiap episod ada poster tersendiri. :)

Daripada rancangan ni, aku dah mula kenal semua ahli tetap dorang. Meh aku kenalkan satu-satu:

Yoo Jaesuk (nama gelaran: Nation MC / Grasshopper)
- Suka warna hijau (sebab nama dia belalang. xD),
- Pakar dalam bidang pengacaraan, komedi, lakonan
- Salah seorang tonggak utama Running Man

Kim Jong Kook (nama gelaran: Spartakook / Kookie )
- Seorang penyanyi veteran yang kacak dan tegap
- Pakar dalam bidang kejar-mengejar, mempunyai ketangkasan yang luar biasa
- Aktif bersukan, cerdik pandai
- Salah satu tonggak utama Running Man

Lee Kwangsoo (nama gelaran: Giraffe (sebab terlampau tinggi berbanding ahli lain), Icon of Betrayal)
- Ahli Running Man yang paling muda
- Selalu dibuli oleh ahli lain, dan membelot ahli lain
- Dalam episod-episod tahun 2010-2011, dia selalu mencipta khabar angin yang merepek pasal ahli lain
- Cita-citanya nak kalahkan Jong Kook walau apa cara sekalipun

Kang Gary / Kang Hee Gun (selalu dipanggil Gary)
- Salah seorang rapper dalam duet Leessang
- Biasanya dia dipanggil Peace Gary atau Calm Gary
sebab ekpresi mukanya yang tenang walau dalam apa situasi sekalipun
- Dalam relationship dengan salah seorang ahli Running Man (Monday Couple)

Ha Dong Hoon (selalu dipanggil sebagai Haha)
- penyanyi dan pelakon
- dianggap sebagai joker dalam semua ahli Running Man sebab characternya yang kelakar xD
- suka kacau dan buat lawak dengan orang
- suka berimaginasi dalam dunia dia sendiri
- master dalam bab-bab membelot dan mencipta konspirasi dan komplot
- nama gelaran: Haroro (sempena nama kartun Pororo)

Song Ji Hyo / Cheon Seung Im
- ada dua nama gelaran: Ace Jihyo kalau dia hebat dalam apa cara sekalipun
& Blank Jihyo kalau dia blur atau tak tahu nak buat apa
- seorang pelakon yang cantik dan comel, walaupun dah umur lebih 30 tahun
- tak suka diukur berat
- sangat gemar sukan ekstrim (baru-baru ni dah lompat Menara Macau)
- sering digandingkan dengan Gary sebagai Monday Couple

Song Joong Ki
- merupakan bekas ahli Running Man
- rakan sebaya Lee Kwang Soo
- seorang pelakon yang hensem
- nama gelaran: Enthusiastic Joong Ki, sebab dia sangat bersemangat dalam apa saja misi yang diberi
walaupun biasanya tak mahir dan tak pakar pun dalam misi tu
- menarik diri pada tahun 2011 untuk menumpukan perhatian dalam bidang lakonan drama.
Ji Suk Jin (nama gelaran: Big Nose Hyungnim)
- ahli Running Man paling tua
- pada awal rancangan agak lembap progressnya, sehinggakan dia selalu terkeluar di awal permainan
dan semua ahli menggelarkannya Race Starter - perlumbaan bermula selepas dia terkeluar
- pelawak dan pengacara
- rakan baik Jaesuk selama 20 tahun
- sering diatasi dari segi fizikal dan mental namun, baru baru ni menunjukkan peningkatan prestasi
Selesai bercerita pasal ahli, mungkin anda nak tahu..... apa yang menarik sangat dengan Running Man ni?

Hahaha...... kalau nak tahu, kena tunggu sambungannya....

Jeng jeng jeng...

Dah ngantuk ni... ok lah, bye! Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment