(warning: harini punya post dalam bahasa rojak dan dalam format santai~)
Hari ni, seperti yang dijanjikan (eh, bila masa janji pulak), aku nak berkongsi cerita pengalaman pahit manis suka duka ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita mati pun bersama (eh jap, tu lagu lol) setelah aku sambung belajar ke peringkat ijazah pula. Haaa~~
Seperti yang korang semua maklum, cita-cita, impian dan harapan aku nak masuk degree TESL UiTM terkandas dan tak tercapai. Namun begitu, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dapat juga aku sambung belajar ke peringkat ijazah. Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak, tapi apa yang aku dapat masih dalam bidang Bahasa Inggeris, sikit pun tak melencong jauh.
Ceritanya begini....
Hari tu memang kitorang (aku dan kawan-kawan asasi aku) dah tahu keputusan UPU akan keluar. Jadi masing-masing dah terpacap depan laptop/handphone smartphone masing-masing, berbekalkan doa-doa terkumat-kamit di bibir masing-masing mengharapkan: 1) dapat apa yang dihajati, 2) server website UPU tu tak jam atau tersekat-sekat, dan 3) takdelah dapat tempat jauh-jauh macam Sabah atau Sarawak ke (don't get me wrong, it's not like we hate the places there, it's just going there that's the problem + the possibilities of homesick and all ^_^").
Hari tu memang kitorang (aku dan kawan-kawan asasi aku) dah tahu keputusan UPU akan keluar. Jadi masing-masing dah terpacap depan laptop/
Aku pun sama lah. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu ....
Tak dapat lagi. T_T
Dari pagi aku check tak dapat-dapat lagi huhuhu. Kawan-kawan aku ada yang dah dapat dah. Most of them tak dapat degree TESL UiTM, seperti yang kitorang harapkan. Hmmm...
Beberapa jam kemudian (lebih kurang dah tengah hari gitu)....
Alhamdulillah..... keluar juga keputusan UPU aku. Bila check je, nampaklah nama kos dan tempat yang aku dapat.
IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANU
Terengganu?! Pilihan ke-6 aku....?
Sebenarnya, aku tak kisah sangat pun tak dapat pilihan pertama aku tu (ISM TESL UiTM). Bukan rezeki kita kan. Nak buat macam mana. Waktu aku dapat tahu aku tak dapat pilihan pertama tu, waktu UiTM dah buat pengumuman ada temuduga untuk mereka-mereka yang lulus ujian MEdSI. Aku check nama aku takde. Ingatkan mungkin sistem server down ke apa ke. So aku bagilah dalam dua tiga hari lagi kemudian aku pergilah periksa lagi.
Hmmm... takde pun.
Aku pun hilang mood sepanjang minggu tu, sebab personally, aku rasa aku dah cukup dan lepas semua syarat-syarat kelayakan dia. Cuma tulah, takdir tak tertulis untuk aku dapat pilihan pertama aku.
Jadi..... memandangkan aku dah tahu yang aku takkan dapat pilihan pertama tu, aku pun berharaplah sesangat dapat pilihan kedua: IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI PROFESSIONAL, atau singkatnya EPC.
Aku kata pada diri aku:
"Takpelah kalau tak dapat TESL, dapat EPC pun jadilah. Asal dapat masuk UiTM Shah Alam balik...."
Bukan apa, aku dah terbiasa kat UiTM Shah Alam tu. Kiranya tu zon selesa aku lah. Aku dah hafal jalan-jalan dia, so bila nak ke mana-mana senanglah kan. Lagipun Shah Alam tu dekat dengan rumah abang saudara aku kat Subang Jaya. Bolehlah aku balik sana, senang.
Tapi hidup ni, dik, tak semuanya indah-indah belaka, senang-senang je....
Aku rasa itulah hikmahnya aku dapat apa yang aku dapat... (haa faham tak ayat tu)
Akhirnya, pilihan kedua pun aku tak dapat, maka melepaslah hasrat dan impian nak menetap semula di Shah Alam... tup-tup dapat lagi jauh. TERENGGANU UOLLS! PANTAI TIMUR!
*lagu Blues Terengganu Kita* Maka stereotype Terengganu bermain di fikiran aku... keropok lekor.... penyu telur.... zizang... masjid kristal dan sebagainya.....
Ekceli la kan (amboih, rempitnya bahasa), aku takdelah terkejut sangat bila dapat berita aku dapat sambung belajar kat Terengganu. Alaaa bukan tak pernah jejak kaki kat Terengganu tu.
Dulu, masa aku kat sekolah menengah, asrama aku tiap-tiap tahun (kecuali tahun 2013) buat rombongan akhir tahun ke Kelantan & Terengganu (tahun 2013 tukar destinasi, pergi Langkawi pulak jeng jeng jeng). Jadi dah banyak kali jugalah ke sana. Cuma tak expect, tak terduga, dan tak tercapai dek akalku, satu hari aku akan dapat belajar di Terengganu darul Imang Iman ni.
Ni tahun 2012. Nampak kat penyu tu tulis apa? Hahaha beli kat pasar payang tau tu.
Sekarang ni dah boleh pasar payang hari-hari dah.
|
Anyway.... berbalik kepada cerita keputusan UPU aku tadi, aku pun beritahu lah ibu dan ayah terchinta ku. Dorang pun bersyukur sangat-sangat. Sebab apa? Sebab dari berjam-jam tadi tunggu, akhirnya dapat juga. Dapat pun tempat takde lah jauh sangat. Lainlah macam kawan-kawan aku. Majoriti dapat kat UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak). Haaaaa tak memasal kena naik belon huhuhuhu.
Ada juga aku dengar cerita, some of us even bila check UPU, tak dapat tempat pun. Hmm...
Bukan apa, di peringkat ijazah ni, kita bertanding dengan pelajar-pelajar STPM, matrikulasi, diploma dan asasi dari universiti lain. Jadi tempat kita tak terjamin di universiti. Kalau dapat tu, Alhamdulilah. Tak dapat, cubalah ikhtiar buat rayuan ke. Insya-Allah ada jalannya.
Kadang, mungkin masalah sistem UPU tu sendiri. Tapi aku nak kutuk sistem pun, kutuk je buat bazir air liur je. Emmm...
Jadi, bila aku tanya kelas aku, ternyata aku sorang sahaja yang dapat tempat di UniSZA. Lain ramai dapat UiTM, UM dan sebagainya. Kelas aku sem 2 tu ramai yang pandai-pandai. Kelas pandai, orang kata. Orang yang katalah, bukan aku.
Aku ada tanya kelas sem 1 aku, ada tak yang dapat tempat sama dengan aku. Macam takde je....
"Ini betul-betul aku sorang je ke dapat UniSZA...?"
Aku fikir-fikir balik.... aku rasa aku okey je kot kalau sorang-sorang kat sana. Yaaaa.... aku boleh start fresh, all over again gitu. Takde orang yang kenal aku dari asasi kat sana. Aku boleh mula hidup baru. Kawan baru. Semua serba serbi baru la. Lalu aku pun iyakan saja apa yang bermain di minda waktu tu, dan teruskan kerja aku hari tu.
Aku pun tweetlah apa yang patut. Ni ada lagi tweetnya:
Unisza gais 😊
— Ikhmaaaaaaaaal (@ikhmalzikry96) August 11, 2015
Tup-tup (haihh berapa banyak tup-tup da....), ada jugak rupanya kawan aku yang dapat tempat sama macam aku. Emm.... hancur lagi angan-angan aku nak mulakan hidup baru. Tapi takpe. Saya ok je. :3
So aku kenal la sorang demi sorang kawan se-asasi aku yang dapat masuk unisza. Ada yang aku memang dah kenal rapat, ada yang aku just kalau berselisih cuma senyum atau tegur dua tiga kata je, ada yang aku kenal muka tapi tak kenal nama, dan kes paling kritikal sekali, ada yang aku langsung tak kenal, sampaikan aku kerap bertanya:
"Eh. Dia budak tesl ke? Biar betul. Tak pernah nampak aku."
Emmm nampak benar ikhmal ni tak mesra orangnya. :3
Bila dah mula ramai kawan se-asasi yang kitorang tau dapat masuk unisza, haaa berbekalkan gajet-gajet canggih dan teknologi masa kini, maka terciptalah whatsapp group khas untuk mengumpulkan mereka-mereka yang diberi peluang melanjutkan pelajaran di bumi Terengganu khasnya di UniSZA.
I don't actually know what should I feel in this moment. So I decided to be happy hihi #UniSZA
— Mr Farid Farhan (@faridfarhan96) August 11, 2015
— atikah (@prettykah_) August 11, 2015
DB00 - Bachelor's Degree in English and Communication (Hons)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
— Lord Haswell, A. (@aidan_haswell) August 12, 2015
Is there anyone else from Sarawak who will be going to UniSZA for their degree like me? Hmm... :/
— Lord Haswell, A. (@aidan_haswell) August 12, 2015
@Ehhh_Anis tu lah. Most yg in my batch gi either unisza or unimas. Ada lah some yg dpt deg tesl uitm or epc uitm. Kena plan awal2 for upu.
— Ikhmaaaaaaaaal (@ikhmalzikry96) August 12, 2015
@faridfarhan96 kau pun untung gak ramai gila teslians dapat unisza. Aku pun bersyukur kot dapat balik semula shah alam. Bahaha alhamdulillah
— NARISHA (@narishaazmee) August 16, 2015
Huhu dak2 ex tesl dok soseh pasal nak jumpa dkt Unisza. Aku ni forever alone dkt palam. Hmm
— ShazleenZuhairi (@iShazleen) August 21, 2015
Dekat unisza nama dia MMS hahah bukan MDS
— atikah (@prettykah_) August 22, 2015
Kepada budak budak tesl yg masuk unisza, selamat jalan dan enjoy lah duk ganu. Uhukuhuk
— ShazleenZuhairi (@iShazleen) August 29, 2015
Some of my friends' tweets when they found out they got unisza as well....
Fuhhh. Memang lumrah whatsapp group la agaknya. Satu minit je dah berpuluh mesej masuk. Sampaikan aku kena mute group tu sebab notifications tak berhenti-henti masuk. Kejap kejap ting! Kejap kejap ting! Tapi aku rasa ok lah. At least aku masuk sini ada lah muka-muka yang aku dah kenal.
Woww! Memang tak sabar lagi dah nak masuk degree life ni! Yippie!
salam nk tya
ReplyDeleteklu epc uitm ada interview x?
Wassalam. Kalau tak silap, takde interview. :)
DeleteHi i would like to ask, ok ke epc kt unisza? Bcs i hve no idea abt this. Is it fun study epc at tht university?
ReplyDeleteMaaf gnggu...kos EPC tkda kat cawangan lain ke selain shah alam
ReplyDelete