Alhamdulillah setakat ni masih lagi bernafas di muka bumi ini. Umur pun dah menjejak 20 tahun. Ya, kali ini aku menulis dalam bahasa Melayu pula. Niat di hati dah lama nak sambung menulis kat blog ni, tapi banyak sangat distractions sampai tak sempat nak taip apa-apa. Adalah sekali dua tu jenguk-jenguk blog ni, melayan komen-komen pembaca sekalian. Alhamdulillah, banyak soalan bernas diutarakan tentang program asasi TESL ni. Moga-moga ramai yang berminat untuk turut serta dalam program ni ya.
Post hari ni adalah berkenaan tentang di mana aku kini selepas menjalani pengajian asasi TESL setahun di UiTM Shah Alam (2014 - 2015).
Cita-cita aku selepas habis belajar asasi ialah nak sambung ke program ijazah sarjana muda TESL di UiTM Shah Alam juga. Jadi, aku mulalah merangka perancangan untuk merealisasikan impian tersebut (ceh... ayat!)
Buat pengetahuan semua, untuk melanjutkan pelajaran ke program Ijazah Sarjana Muda, adalah diwajibkan bagi semua mahasiswa untuk mendaftar kembali dalam sistem UPU sepertimana yang anda mungkin dah buat sebelum masuk ke program diploma atau asasi. Kaedahnya sama sahaja: kena isi maklumat peribadi dan tentukan serta susun pilihan-pilihan kursus dan universiti yang kita nak.
Misalnya kalau memang nak masuk Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) UiTM, letaklah di pilihan pertama.
Namun, adalah dinasihatkan untuk tidak meletakkan harapan anda 100% kepada pilihan pertama sahaja. Bukan apa, takut nanti kecewa kalau-kalau kuota nak masuk kursus tu penuh atau kita tak layak dapat kursus tu. Jadi, susunlah pilihan-pilihan yang berkaitan dengan bidang yang kita nak tu. Kalau nak isi UPU ni mestilah kena ada nombor pin UPU (boleh dibeli di kaunter BSN).
Contohnya, macam ni. Ni susunan pilihan-pilihan aku masa kemaskini pertama UPU. Aku tak ubah pun masa kemaskini kedua. Hihihihi *Gambar ni kecil, nak tengok besar sikit, klik lah! XD* |
*Kalau nak apply kos ijazah kat UM kena isi dekat website dorang, not through UPU. This is a new initiative they started last year, so kalau nak, you guys can go here: https://www.um.edu.my/enroll-now. For more info, go to their main website: http://um.edu.my
Jadi, apa lagi kita nak kena buat lepas isi borang online UPU?
Untuk mereka yang berminat untuk ke ISM TESL UiTM, misalnya, kenalah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- STPM dengan 3 principal pass / lulus separa termasuk Kertas Am atau Pengajian Am dan lulus dalam satu mata pelajaran lain
ATAU
- Diploma / sijil IPG dengan 5 tahun pengalaman mengajar bahasa Inggeris atau 7 tahun pengalaman mengajar
ATAU
- Diploma UiTM / institusi lain yang diiktiraf dengan PNGK (CGPA) minimum atau 2.50
ATAU
- Sijil pra-ijazah (asasi) TESL dari UiTM
ATAU
- Sijil matrikulasi KPM dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.00
DAN
MUET (minimum band 4 / 5)
DAN
Lulus ujian bertulis MEdSI dan temuduga
MUET (Malaysian University English Test) ialah satu bentuk ujian yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), menguji tahap kefasihan mereka berbahasa Inggeris (kemahiran dalam membaca, menulis, mendengar dan bercakap). MUET ni biasanya akan dibuat pada bulan Mac dan November setiap tahun, jadi bagi mereka yang sedang berada dalam program asasi atau matrik mungkin sudah melakukannya sewaktu semester 1 (bulan Nov) jadi keputusannya sudah boleh didapati selewat-lewatnya sebelum Mac.
Of course, kalau korang rasa macam tak berapa sedap hati dengan prestasi korang masa ujian November, boleh je kalau nak ambil semula ujian tu pada bulan Mac. Tapi kena daftar lagi sekali lah sebagai calon persendirian dan bayar RM100. Optional kalau nak ambil semula. Kalau ikut pengalaman, ada je kawan-kawan yang buat macam tu, tapi dorang tak pergi pun sebab dah dapat keputusan bulan November dan terima je keputusan tu. So, apa jadi dengan MUET dorang yang dah daftar untuk bulan Mac? Akan dapat juga keputusan tapi semuanya dia tulis NIL instead of markah. Takde masalah pun untuk tu. Consider MUET as your own responsibility.
Contoh jadual tempat dan masa ujian MUET yang akan diberi kepada calon dalam bentuk PDF |
Contoh transkrip keputusan yang akan dipos terus ke rumah. Boleh juga semak keputusan online. Alhamdulillah dapat juga band 5. *Harap maaf tentang kualiti gambar* |
MEdSI pula (Malaysia Educators Selection Inventory) ialah satu bentuk ujian yang dikendalikan juga oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ujian MEdSI ni lebih kurang macam ujian personaliti, dalam bentuk 300 soalan dengan pilihan jawapan 1-5 (bergantung kepada soalan), untuk menentukan seseorang calon itu layak menjadi warga pendidik. Ujian MEdSI ni biasanya untuk mereka yang memang berniat nak sambung ijazah sarjana muda pendidikan sahaja.
Dan ianya hanyalah dalam bentuk kuiz sahaja secara online berpusat. Maksudnya, anda akan diberi pusat ujian dan akan melakukan ujian menggunakan komputer sahaja
Boleh baca banyak lagi info tentang MEdSI kat sini: http://portal.mpm.edu.my/web/mpm-mobile/mitpe
Nak semak tentang pengumuman pendaftaran, pusat ujian & keputusan kat sini: http://www.upsi.edu.my/kemasukan/medsi/ (buat masa ni, takde apa-apa lagi)
Contoh slip ujian MEdSI untuk lokasi dan masa ujian |
Perlu ambil perhatian yang keputusan untuk ujian MEdSI ini TIDAK AKAN DIKELUARKAN KEPADA CALON. Satu-satunya cara untuk kita tahu sama ada kita lulus atau tidak ujian ini adalah sama ada kita dapat panggilan temuduga ke program ijazah yang kita mohon dalam UPU sebelum ni. Kalau dapat, maksudnya luluslah. Kalau tak dapat panggilan temuduga, bermakna tiada rezekilah untuk kita sambung ke ijazah yang kita hendak.
Ujian MEdSI ini juga hanya boleh diambil sekali seumur hidup. Jadi sebolehnya buatlah dengan betul ya. All the best to you!
Apa nak dibuat kan. Mungkin bukan rezeki aku ke ISM TESL UiTM. Tapi Alhamdulillah, dapatlah juga sambung ke ijazah sarjana muda bahasa Inggeris juga. Taklah jauh sangat dari bidang bahasa Inggeris, meskipun bukan bidang pendidikan.
Jadi di manakah aku sekarang kalau bukan ke ISM TESL UiTM? Haaaa itu untuk cerita akan datang ya. Itu sahaja post untuk harini. Alhamdulillah tercapai jua hasrat nak berkongsi pengalaman ni.
****************************************
Nak info lagi tentang kelayakan ke Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua di UiTM boleh klik mana-mana link berikut:
UiTM Faculty of Education:
Homepage: http://education.uitm.edu.my/
All about degree in TESL UiTM:
- http://education.uitm.edu.my/programmes/undergraduate/38-degree/48-ed220-bed-hons-teaching-english-as-a-second-language.html
- http://education.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=117&Itemid=108
All about degree in education UiTM (other than TESL):
- http://melaka.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=39&Itemid=42
****************************************
Nak info lagi tentang kelayakan ke Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua di UiTM boleh klik mana-mana link berikut:
UiTM Faculty of Education:
Homepage: http://education.uitm.edu.my/
All about degree in TESL UiTM:
- http://education.uitm.edu.my/programmes/undergraduate/38-degree/48-ed220-bed-hons-teaching-english-as-a-second-language.html
- http://education.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=117&Itemid=108
All about degree in education UiTM (other than TESL):
- http://melaka.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=39&Itemid=42
Atau anda berminat dengan kursus ijazah bukan pendidikan tapi masih dalam bidang bahasa Inggeris di UiTM:
UiTM Academy of Language Studies:
Homepage: http://www.apb.uitm.edu.my/
English for Professional Communication (EPC): http://www.apb.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=61:lg220&catid=43:undergraduate&Itemid=68
Of course, you can choose anywhere else other than UiTM. These are some alternatives if you still want to be in UiTM. Choose wisely, okay? :)
"Sememangnya kita manusia hanya mampu merancang, tetapi hakikatnya Tuhan sahaja sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui segalanya. Pasti ada perancangan yang lebih hebat untuk kita di lain hari."
Assalamualaikum. :)
P/S: Jangan panik kalau masa dapat keputusan UPU tu, tak dapat apa yang kita nak. Kalau kita betul-betul nak masuk kos yang kita nak, tapi tak dapat, cuba mohon rayuan pula. Kalau tak dapat dan memang dah tekad nak juga, kenalah tunggu pengambilan September tahun hadapan (kecuali yang nak masuk UiTM, boleh mohon untuk pengambilan Mac). Tapi kalau boleh terima pilihan selain pilihan pertama tu, pergi jelah. Tepuk dada tanya selera ye semua! :)
Susah tak MUET? What is it like and what do students have to actually do for each tasks?
ReplyDeleteMUET ni nak kata senang tak senang, susah tak susah. Sedang-sedang je. :)
DeleteIf you're taking MUET (of course, everyone in university will be taking it ^^), there will be 4 papers to test your English skills: reading, writing, listening and speaking.
For reading, you'll be given 1 hour and half to do objective questions (don't remember how many, maybe 50 or so). For writing, you'll also have 1 hour and half to do two types of essay: one is a summary, the other one is quite long. For listening, you will have 30 minutes to listen to various conversations and fill up the questions with the information given. The recording will be played twice so you really need to pay attention on that.
Lastly is the speaking test, which usually be done a week before the other tests. This one will require you (as the title suggests) to speak in group of 4 (normally). Task A, each one of you in the group are given different points from the same topic, then use your own ideas to elaborate it. 1 minute to read and jot down everything, then 1-2 minutes to speak. On the other hand, task B, you need to discuss among yourself, in English of course, for 40 minutes or so, about whose points is the best one. You need to make everyone agree on one point, so you can either choose to convince them to agree with you, or to pick someone else's point as the most agreed one.
Sir, kelayakkan utk msuk EPC lepasn spm..ap ya?
ReplyDeleteSetahu saya, untuk lepasan SPM, takde jalan direct ke EPC memandangkan EPC ni program ijazah sarjana muda (degree). Dari SPM nak ke degree kena melalui antara salah satu ni:
Delete- STPM (dua tahun)
- program asasi di universiti (1-2 tahun)
- program matrikulasi (1-2 tahun)
- kos diploma universiti (3-4 tahun)
Jadi pilihlah mana-mana yang berkenan di hati dan menepati syarat kemasukan serta keputusan SPM anda. Selepas selesai mana-mana program di atas, baru boleh memohon ke peringkat ijazah.
Untuk syarat kelayakan masuk EPC UiTM boleh check kat website ni: http://apb.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=61:lg240&catid=43:undergraduate&Itemid=68
Salam...nak tnya...anak aunty dpt temuduga utk pilihan ke 4...dlm UPU..off course she prefers choice no 1 to 3...if she fails the interview..will UPU consider her other choices or the one that called for the interview is somewhat likely she will get? Need ur advice pls.tq
ReplyDeleteWassalam. Saya tak pasti sistem UPU sekarang macam mana, tapi biasanya kalau anak aunty tak lepas interview, sistem UPU akan offer pilihan-pilihan lain, itu pun bergantung kepada kuota pelajar yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dan keutamaan dari segi pencapaian result dan sebagainya. InsyaAllah :)
DeleteSalam...saya nak tanya kalau saya tersilap isi program pilihan UPU untuk me degree tetapi saya nak kursus epc adakah saya perlu membuat rayuan terhadap universities berkenaan yg menawarkan kos ini.saya adalah pelajar lepasan stpn/setarafdan mendapat tawaran kemasukan ke ijazah dengan kursus yang tidal berkaitan dengan eng...mohon berikan pencerahan terhadap prose's yg perlu dilakukan untuk mendapat kursus epc?
ReplyDeletehi..just wanna ask is it true medsi tu sekali seumur hidup je? confirm ke? because im now cnfuse to just continue with ben or wait for the tesl..thanks in advance :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya lepasan spm. Saya nak tanya, nak sambung degree nnt boleh ke ambik course yg takde kaitan dgn perguruan lepas habis asasi tesl?
ReplyDeleteWassalam, boleh je.
DeleteAsasi ni setahun je. Lepas tu, adik nak buat apa-apa pun boleh, asalkan dalam bidang kemanusiaan/sains sosial.
Macam saya, saya sedang ambil degree dalam Bahasa Inggeris dengan Komunikasi. Intipatinya sama saja macam TESL, cuma takdelah menjadi kewajipan untuk jadi guru.
Kesimpulannya, amik asasi TESL tak semestinya jadi cikgu. :)
Assalam nk Tanya ,,sya nk masuk comp sci tapi disebabkan nak potong sikit masa study ,mak sya recommended masuk asasi law, boleh tak Sambung comp sci Lepas habis asasi law?
DeleteSalam.. ujian medsi ni kalau kita dpt duduki ujian tersebut.. dia ade bagi email x eh?? Atau kena check online secara manual kt portal dia?
ReplyDeleteSaya gagal ujian medsi :'( Tapi nak jugak sambung ambek tesl... Bagi siapa siapa yang ada cara untuk lancut pelajaran ke university.. mohon share lah ye :'( sayang pointer stpm 3.0+ dan muet band 4 ...
ReplyDeleteAssalamualaikum, boleh saya tau... Boleh ke amik muet selepas habis asasi... Maksudnya, nk habiskan asasi dulu... Baru nk buat muet... Boleh camtu
ReplyDeleteAssalamualaikum . Boleh saya tahu tak kalau saya dah berumur 24 tahun dan nak apply TESL dengan result SPM 2015 . em baru nak sambung belajar .. boleh ke ?
ReplyDelete