Saturday, 2 March 2013

Flashback: Januari & Februari - Bulan Comot!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sepanjang dua bulan ni, dah banyak benda aku alami dan hadapi. Dan dapat sesuaikan diri dengan sekolah lama sebab baru pindah balik tahun ni.

Sekadar berkongsi cerita, tahun ni adalah tahun yang amat penting dalam hidup aku. Tahun ni lah aku kena buat sehabis baik dan cemerlangkan diri aku. Yup, tahun ni aku hidup sebagai seorang calon SPM.

Sesetengah orang mungkin kata:

"Ala~~ SPM je kot, takde apa je kot...."
"SPM ni kena buat betul-betul.... jangan main-main"
"SPM mesti straight A tau!"
"SPM tu apa??"

Dan, dari awal-awal lagi, semua dah cakap macam tuh. Siap meletakkan kepercayaan, amanah, dan harapan sepenuhnya kat bahu aku. Ok, jujurnya, aku rasa terbeban lah sebab semua mengharapkan aku cemerlang dalam SPM.

Anyway, dalam dua bulan ni juga, dah macam-macam aku redah. Aku bukan cakap pasal halangan dan cabaran hidup je, tapi aku dah redah lumpur, watercolour, kolam, sungai, tasik.... fuhh....

Thursday, 28 February 2013

Photo: Taqi & Aizudeen in NST (Perhimpunan 25 Tahun SCH Johor)

Klik pada gambar untuk pembesaran
Hari ni, aku berbangga sebagai seorang kawan, sebab kawan-kawan aku, Taqi dan Aizudeen ada kat dalam suratkhabar baru-baru ni. Sebabnya, dorang turut serta dalam acara Perhimpunan Perdana 25 Tahun Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Johor.


Tuesday, 26 February 2013

Kem Kepimpinan PRS, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas CC & Pengawas Asrama

Assalamualaikum....

Err...... comotnya..... XD
Baru-baru ni, aku ada join satu kem kepimpinan yang melibatkan 4 jawatan kat sekolah:
- PRS (pembimbing rakan sebaya)
- Pengawas Pusat Sumber
- Pengawas CC / PAK (Pusat Akses Kendiri)
- Pengawas Asrama

Aku ikut kem ni sebagai pengawas asrama sebab buat masa ni, aku pegang jawatan sebagai setiausaha asrama (walaupun baru tahun ni masuk asrama.....). As always, aku selalu anticipate something new to learn at this camp. Kitorang camping kat Sembrong Agro Lake Resort. Tak lah jauh sangat daripada pusat bandar BP ni. Setakat satu jam perjalanan pergi....

Berbekalkan my digital camera and my trusty mp3, let the camping begins.... :)

Thursday, 21 February 2013

Running Man daebak~!

Assalamualaikum....
Dari kiri: Lee Kwangsoo, Kim Jong Kook, Yoo Jaesuk, Song Jihyo, Song Joong Ki, Ji Suk Jin, Haha & Gary
Hari ni, aku nak share salah satu minat aku kat korang. Baru-baru ni (tahun lepas), aku dah gila dengan Running Man. Gila maksud aku gila sampai obses dan syok gila-gila bila menonton Running Man. Tak kisah lah kat TV ke kat Internet atau downloaded.

Maybe not much daripada korang tau apa benda tu Running Man?

#SkuadBahasHS

4 debators (sebenarnya 5... tapi lagi sorang tu tak se-photogenic kitorang)

Wednesday, 20 February 2013