Sunday, 21 February 2016

Bam Bam Travel & Tours - Day 2: It's A Wrap!

Assalamualaikum and hello everyone!

Our project continued the next day as we went to nearest place we can get to imitate the New Zealand / Switzerland scene. There's a small field here in UniSZA, lined with tall pine trees, the kind that you would find at those countries, perfect for our scene.

So we went there at noon for principal photography (eceh....). Our aim was to get the footage only with trees because only by doing that we could achieve that NZ / Swiss atmosphere. But a few seconds of the background wouldn't hurt much though.

Enough said, without further ado, these are some of the photos we took there.


Bam Bam Travel & Tours - Day 1: Preparation & Shooting

Assalamualaikum and hello everyone!

Today (15/2/2016) , we had our mock company presentation for the subject English for Communication II. Basically, we had to get in a group of 7-8 and create our own company, complete with a proper company profile, an address and year of establishment. To be honest, I enjoyed doing this task because we are free to do and choose whatever service for our company.

It was said that we had to submit the whole presentation after Chinese New Year break, so yeah.... we basically procrastinated. 

Almost a week through the break, a few days before the following week, the week, we decided to sit down together on a Friday morning and come up with a name and identity of our company.

Hence, the birth of Bam Bam Travel & Tour Sdn. Bhd. ....

Saturday, 6 February 2016

Degree Life : Episod 1

Assalamualaikum and hello everyone!

Sambung cerita minggu lepas, maka bermulalah perjalanan hidup aku sebagai seorang mahasiswa ijazah sarjana muda di bumi Darul Iman. Nanananana~ ganu kite~

Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan dua ribu enam belas.... (haaa semangat merdeka gituu)

HARI PENDAFTARAN

Memang rasa berdebar-debar ni, tak sabar nak masuk belajar balik. Sekali sampai kat pusat pendaftaran (foyer kolej kediaman), OMG! Ramai gila! Dua khemah tak cukup nak tampung semua orang. Memang ramai gila. Mostly girls la..




Kemudian, dah selesai urusan pendaftaran, serah dokumen penting semua tu, terus dapat kunci bilik dan naik ke bilik, yang berada di TINGKAT EMPAT!!

SUBHANALLAHH!!!

Sabar je lah ye. Maka aku cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk angkut barang-barang aku yang bertan-tan ke tingkat empat dan pastikan semua benda dah dibawa keluar takde lah nak ulang alik naik turun tangga tingkat empat tu. Fuhhh. Rupanya kalau datang awal sikit boleh dapat tingkat bawah-bawah and blok kolej aku tu paling tinggi ialah tingkat lima.

Blok aku ni dikira blok baru lah juga, so keadaan blok tu masih lagi dalam keadaan terjaga dan moden gitu. Kalau blok kolej lama agak kecil untuk dua orang sebilik. Ni Alhamdulillah la dua orang sebilik pun boleh tahan besar juga. Tak macam di UiTM dulu, aku duduk lapan orang sebilik kat kolej lama, 4 katil double decker. Kali ni, dapat tinggal dua orang sebilik, 5-6 bilik serumah.

Ok ni bukan bilik aku. Ni gambar bilik kawan aku. Tapi lebih kurang camni lah bilik kolej baru kat UniSZA.
Of course, kalau hari pendaftaran ni mestilah ada orientasi atau program-program yang sewaktu dengannya. Kalau dulu kat UiTM dorang panggil Minggu Dera Siswa Minggu Destini Siswa / MDS, kat UniSZA ni pula dipanggil Minggu Mesra Siswa / MMS. Dekat-dekat le tu kan. xD

Jadi aku nak skip bahagian MMS tu sebab takde apa-apa sangat selain daripada taklimat demi taklimat seharian, kena duduk bawah kanopi yang besar di tengah-tengah dataran tar dengan sinaran mataharinya terpacak kat langit, kipas yang ada pun jauh-jauh diletaknya emmm...

[UPDATE 25/2/17: Rupa-rupanya, taklimat intake kitorang ni adalah yang terakhir diadakan di tengah-tengah dataran yang panas membahang, berbumbungkan kanopi dan bertemankan kipas industrial sahaja. Huhuhu. Hal ini disebabkan dewan utama UniSZA pada waktu itu (Dewan Al-Muktafi Billah Shah / DABS) masih dalam proses pembinaan. Intake kemudiannya pula diadakan di dalam dewan baru ini lengkap dengan air-con! :')]


Tempat taklimat pun boleh tahan jauhnya. Kena berjalan ke sana. Sekurang-kurangnya dah boleh tahu selok belok kampus ni.
Lagi-lagi taklimat. Sampai ke malam pun bertaklimat juga.
Ada hari bertuah dapatlah duduk depan kipas.
More walking....

Dapat juga pergi ke Masjid UniSZA.
Walau apapun, Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat para urusetia bagi makanan banyak kat kitorang. Almaklumlah minggu pertama ni tak naklah juga guna duit dulu kan. xD
Haaa banyak kan? Hahahaha
Oh ya. Untuk majlis penutup pula, fakulti kitorang terlibat dalam persembahan. So aku tolong-tolong dalam bab membuat props je. Tagline kampus ni #uniszapastitahu. Tahu apa tu? Entahlah hahahaha
Rehearsal persembahan kitorang. Seronok dapat bekerjasama dengan dorang ni. Meriah gitu.
Macam aku kata kat post lepas, ramai kawan asasi TESL aku dapat sambung belajar kat UniSZA ni. Tapi tak semua dapat masuk satu kos dengan aku (ISM Bahasa Inggeris dengan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai BEN). Ada yang dapat ISM Hubungan Antarabangsa (IR), ISM Kerja Sosial dan sebagainya. Jadi sempatlah juga berkumpul sesama kita sebab kononnya rindu gitu. Terserlah assobiah di situ.

Mendengar taklimat akademik fakulti buat pertama kalinya.
Bismillah...
Got to meet these familiar faces again here.
And off we go to our first semester! Huzzah! 

Saturday, 30 January 2016

Degree Life: Prolog

Assalamualaikum and hello everyone!

(warning: harini punya post dalam bahasa rojak dan dalam format santai~)

Hari ni, seperti yang dijanjikan (eh, bila masa janji pulak), aku nak berkongsi cerita pengalaman pahit manis suka duka ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita mati pun bersama (eh jap, tu lagu lol) setelah aku sambung belajar ke peringkat ijazah pula. Haaa~~

Seperti yang korang semua maklum, cita-cita, impian dan harapan aku nak masuk degree TESL UiTM terkandas dan tak tercapai. Namun begitu, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dapat juga aku sambung belajar ke peringkat ijazah. Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak, tapi apa yang aku dapat masih dalam bidang Bahasa Inggeris, sikit pun tak melencong jauh.

Ceritanya begini....

Thursday, 28 January 2016

Tamatnya Asasi, Nak Ke Mana Pula? (Medsi, MUET etc)

Assalamualaikum and hello everyone. It's 2016!

Alhamdulillah setakat ni masih lagi bernafas di muka bumi ini. Umur pun dah menjejak 20 tahun. Ya, kali ini aku menulis dalam bahasa Melayu pula. Niat di hati dah lama nak sambung menulis kat blog ni, tapi banyak sangat distractions sampai tak sempat nak taip apa-apa. Adalah sekali dua tu jenguk-jenguk blog ni, melayan komen-komen pembaca sekalian. Alhamdulillah, banyak soalan bernas diutarakan tentang program asasi TESL ni. Moga-moga ramai yang berminat untuk turut serta dalam program ni ya.

Post hari ni adalah berkenaan tentang di mana aku kini selepas menjalani pengajian asasi TESL setahun di UiTM Shah Alam (2014 - 2015).

Cita-cita aku selepas habis belajar asasi ialah nak sambung ke program ijazah sarjana muda TESL di UiTM Shah Alam juga. Jadi, aku mulalah merangka perancangan untuk merealisasikan impian tersebut (ceh... ayat!)

Buat pengetahuan semua, untuk melanjutkan pelajaran ke program Ijazah Sarjana Muda, adalah diwajibkan bagi semua mahasiswa untuk mendaftar kembali dalam sistem UPU sepertimana yang anda mungkin dah buat sebelum masuk ke program diploma atau asasi. Kaedahnya sama sahaja: kena isi maklumat peribadi dan tentukan serta susun pilihan-pilihan kursus dan universiti yang kita nak.

Misalnya kalau memang nak masuk Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) UiTM, letaklah di pilihan pertama.

Namun, adalah dinasihatkan untuk tidak meletakkan harapan anda 100% kepada pilihan pertama sahaja. Bukan apa, takut nanti kecewa kalau-kalau kuota nak masuk kursus tu penuh atau kita tak layak dapat kursus tu. Jadi, susunlah pilihan-pilihan yang berkaitan dengan bidang yang kita nak tu. Kalau nak isi UPU ni mestilah kena ada nombor pin UPU (boleh dibeli di kaunter BSN).

Contohnya, macam ni. Ni susunan pilihan-pilihan aku masa kemaskini pertama UPU.
Aku tak ubah pun masa kemaskini kedua. Hihihihi

*Gambar ni kecil, nak tengok besar sikit, klik lah! XD*
UPU untuk ke peringkat ijazah ni boleh diisi pada bulan Januari hingga April setiap tahun. Kemudian, dia akan buka semula untuk sesi kemaskini kedua, akan dimaklumkan waktunya. Pengambilan ijazah sarjana muda biasanya akan berlaku pada bulan September setiap tahun. Waktu kemaskini kedua UPU nanti, baru boleh masukkan keputusan asasi/matrikulasi/STPM kita nanti.

*Kalau nak apply kos ijazah kat UM kena isi dekat website dorang, not through UPU. This is a new initiative they started last year, so kalau nak, you guys can go here: https://www.um.edu.my/enroll-now. For more info, go to their main website: http://um.edu.my

Jadi, apa lagi kita nak kena buat lepas isi borang online UPU?

Untuk mereka yang berminat untuk ke ISM TESL UiTM, misalnya, kenalah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:


  • STPM dengan 3 principal pass / lulus separa termasuk Kertas Am atau Pengajian Am dan lulus dalam satu mata pelajaran lain
ATAU
  • Diploma / sijil IPG dengan 5 tahun pengalaman mengajar bahasa Inggeris atau 7 tahun pengalaman mengajar
ATAU
  • Diploma UiTM / institusi lain yang diiktiraf dengan PNGK (CGPA) minimum atau 2.50
ATAU
  • Sijil pra-ijazah (asasi) TESL dari UiTM
ATAU
  • Sijil matrikulasi KPM dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.00
DAN

MUET (minimum band 4 / 5)

DAN

Lulus ujian bertulis MEdSI dan temuduga

MUET (Malaysian University English Test) ialah satu bentuk ujian yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), menguji tahap kefasihan mereka berbahasa Inggeris (kemahiran dalam membaca, menulis, mendengar dan bercakap). MUET ni biasanya akan dibuat pada bulan Mac dan November setiap tahun, jadi bagi mereka yang sedang berada dalam program asasi atau matrik mungkin sudah melakukannya sewaktu semester 1 (bulan Nov) jadi keputusannya sudah boleh didapati selewat-lewatnya sebelum Mac.

Of course, kalau korang rasa macam tak berapa sedap hati dengan prestasi korang masa ujian November, boleh je kalau nak ambil semula ujian tu pada bulan Mac. Tapi kena daftar lagi sekali lah sebagai calon persendirian dan bayar RM100. Optional kalau nak ambil semula. Kalau ikut pengalaman, ada je kawan-kawan yang buat macam tu, tapi dorang tak pergi pun sebab dah dapat keputusan bulan November dan terima je keputusan tu. So, apa jadi dengan MUET dorang yang dah daftar untuk bulan Mac? Akan dapat juga keputusan tapi semuanya dia tulis NIL instead of markah. Takde masalah pun untuk tu. Consider MUET as your own responsibility.

Contoh jadual tempat dan masa ujian MUET yang akan diberi kepada calon dalam bentuk PDF
Contoh transkrip keputusan yang akan dipos terus ke rumah. Boleh juga semak keputusan online.
Alhamdulillah dapat juga band 5.

*Harap maaf tentang kualiti gambar*



MEdSI pula (Malaysia Educators Selection Inventory) ialah satu bentuk ujian yang dikendalikan juga oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ujian MEdSI ni lebih kurang macam ujian personaliti, dalam bentuk 300 soalan dengan pilihan jawapan 1-5 (bergantung kepada soalan), untuk menentukan seseorang calon itu layak menjadi warga pendidik. Ujian MEdSI ni biasanya untuk mereka yang memang berniat nak sambung ijazah sarjana muda pendidikan sahaja.

Dan ianya hanyalah dalam bentuk kuiz sahaja secara online berpusat. Maksudnya, anda akan diberi pusat ujian dan akan melakukan ujian menggunakan komputer sahaja

Boleh baca banyak lagi info tentang MEdSI kat sini: http://portal.mpm.edu.my/web/mpm-mobile/mitpe

Nak semak tentang pengumuman pendaftaran, pusat ujian & keputusan kat sini: http://www.upsi.edu.my/kemasukan/medsi/ (buat masa ni, takde apa-apa lagi)

Contoh slip ujian MEdSI untuk lokasi dan masa ujian


Perlu ambil perhatian yang keputusan untuk ujian MEdSI ini TIDAK AKAN DIKELUARKAN KEPADA CALON. Satu-satunya cara untuk kita tahu sama ada kita lulus atau tidak ujian ini adalah sama ada kita dapat panggilan temuduga ke program ijazah yang kita mohon dalam UPU sebelum ni. Kalau dapat, maksudnya luluslah. Kalau tak dapat panggilan temuduga, bermakna tiada rezekilah untuk kita sambung ke ijazah yang kita hendak. 

Ujian MEdSI ini juga hanya boleh diambil sekali seumur hidup. Jadi sebolehnya buatlah dengan betul ya. All the best to you!

Apa nak dibuat kan. Mungkin bukan rezeki aku ke ISM TESL UiTM. Tapi Alhamdulillah, dapatlah juga sambung ke ijazah sarjana muda bahasa Inggeris juga. Taklah jauh sangat dari bidang bahasa Inggeris, meskipun bukan bidang pendidikan.

Jadi di manakah aku sekarang kalau bukan ke ISM TESL UiTM? Haaaa itu untuk cerita akan datang ya. Itu sahaja post untuk harini. Alhamdulillah tercapai jua hasrat nak berkongsi pengalaman ni.

****************************************

Nak info lagi tentang kelayakan ke Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua di UiTM boleh klik mana-mana link berikut:

UiTM Faculty of Education:

Homepagehttp://education.uitm.edu.my/

All about degree in TESL UiTM: 
http://education.uitm.edu.my/programmes/undergraduate/38-degree/48-ed220-bed-hons-teaching-english-as-a-second-language.html
http://education.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=117&Itemid=108

All about degree in education UiTM (other than TESL): 
http://melaka.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=39&Itemid=42


Atau anda berminat dengan kursus ijazah bukan pendidikan tapi masih dalam bidang bahasa Inggeris di UiTM:

UiTM Academy of Language Studies:

Homepage: http://www.apb.uitm.edu.my/

English for Professional Communication (EPC): http://www.apb.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=61:lg220&catid=43:undergraduate&Itemid=68


Of course, you can choose anywhere else other than UiTM. These are some alternatives if you still want to be in UiTM. Choose wisely, okay? :)


"Sememangnya kita manusia hanya mampu merancang, tetapi hakikatnya Tuhan sahaja sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui segalanya. Pasti ada perancangan yang lebih hebat untuk kita di lain hari."

Assalamualaikum. :)

P/S: Jangan panik kalau masa dapat keputusan UPU tu, tak dapat apa yang kita nak. Kalau kita betul-betul nak masuk kos yang kita nak, tapi tak dapat, cuba mohon rayuan pula. Kalau tak dapat dan memang dah tekad nak juga, kenalah tunggu pengambilan September tahun hadapan (kecuali yang nak masuk UiTM, boleh mohon untuk pengambilan Mac). Tapi kalau boleh terima pilihan selain pilihan pertama tu, pergi jelah. Tepuk dada tanya selera ye semua! :)