Tuesday, 10 September 2013

Movie Review: Tanda Putera

Assalamualaikum.


Hari Ahad lepas (8 Sept), aku dah pergi tonton cerita Tanda Putera, cerita yang orang kata racist dan banyak kontroversi. Memang aku ada baca sikit sikit gosip dan khabar angin pasal cerita ni. Tu yang buat orang ramai tak tengok sangat cerita ni. Even aku pun tak terkejut bila pergi wayang, tengok cerita ni, cuma ada tak lebih 10 orang yang tengok. Tapi aku tabiklah ada satu pasangan Cina ni yang dapat tengok sekali cerita ni. Kalau yang ni, aku agak terkejut dan kagum, ada juga orang Cina yang suka tengok cerita Melayu. Mungkin peminat sejarah?

Wednesday, 22 May 2013

Selamat Hari Guru!

Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2013 ini, kami warga ASPUTRA SMK Tinggi Batu Pahat ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan tenaga pengajar di SMK Tinggi Batu Pahat dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Terima kasih atas pengorbananmu, cikgu!

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah juga, warga ASPUTRA telah bersama-sama menyumbangkan ucapan mereka menerusi persembahan multimedia. Berikut merupakan video ucapan-ucapan asramawan sekalian.



Saturday, 11 May 2013

Selamat Hari Ibu~!

Selamat hari ibu saya ucapkan kepada semua orang yang bergelar ibu, bonda, ummi, mama, mak, omma, mummy, mami, dan sebagainya. Andalah ratu hati kami~!

Terutamanya ibu saya, Pn. Rozita. Love you ibu~~ :)

Thursday, 11 April 2013

A Talk About Couple~!


Assalamualaikum....

Hari ni aku tergerak hati nak buat post ni sebab aku concern dengan apa yang berlaku pada kawan-kawan aku sekarang. Bukan apa, dorang ni aku tengok banyak sangat masalah yang tak sepatutnya ada pada remaja zaman sekarang.

Mungkin korang tak familiar dengan frasa 'cinta monyet', tapi korang selalu dengar perkataan 'couple' atau 'in relationship' kan?

Dah lama aku dok perhati dan tengok perangai kawan-kawan aku dari form 1 lagi.

Friday, 15 March 2013

Hostel Family Pics ^_^

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera!

Baru-baru ini, kat asrama aku ada sesi fotografi ikut dorm. Berikut adalah gambar-gambarnya. Enjoy! :)
(Sila klik gambar untuk pembesaran...)

Cameraman: Ikhmal Zikry :)
Model kamera: Samsung DV300F
Venue: Dewan Makan ar-Razzaq

Kalau nak tengok gambar-gambar asal, klik link kat bawah ni....

Dorm 1 (Al-Halim)

Ahli-ahli dorm 1
Para senior dorm 1 (form 4 dan form 5)

Saturday, 2 March 2013

Flashback: Januari & Februari - Bulan Comot!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sepanjang dua bulan ni, dah banyak benda aku alami dan hadapi. Dan dapat sesuaikan diri dengan sekolah lama sebab baru pindah balik tahun ni.

Sekadar berkongsi cerita, tahun ni adalah tahun yang amat penting dalam hidup aku. Tahun ni lah aku kena buat sehabis baik dan cemerlangkan diri aku. Yup, tahun ni aku hidup sebagai seorang calon SPM.

Sesetengah orang mungkin kata:

"Ala~~ SPM je kot, takde apa je kot...."
"SPM ni kena buat betul-betul.... jangan main-main"
"SPM mesti straight A tau!"
"SPM tu apa??"

Dan, dari awal-awal lagi, semua dah cakap macam tuh. Siap meletakkan kepercayaan, amanah, dan harapan sepenuhnya kat bahu aku. Ok, jujurnya, aku rasa terbeban lah sebab semua mengharapkan aku cemerlang dalam SPM.

Anyway, dalam dua bulan ni juga, dah macam-macam aku redah. Aku bukan cakap pasal halangan dan cabaran hidup je, tapi aku dah redah lumpur, watercolour, kolam, sungai, tasik.... fuhh....

Thursday, 28 February 2013

Photo: Taqi & Aizudeen in NST (Perhimpunan 25 Tahun SCH Johor)

Klik pada gambar untuk pembesaran
Hari ni, aku berbangga sebagai seorang kawan, sebab kawan-kawan aku, Taqi dan Aizudeen ada kat dalam suratkhabar baru-baru ni. Sebabnya, dorang turut serta dalam acara Perhimpunan Perdana 25 Tahun Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Johor.


Tuesday, 26 February 2013

Kem Kepimpinan PRS, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas CC & Pengawas Asrama

Assalamualaikum....

Err...... comotnya..... XD
Baru-baru ni, aku ada join satu kem kepimpinan yang melibatkan 4 jawatan kat sekolah:
- PRS (pembimbing rakan sebaya)
- Pengawas Pusat Sumber
- Pengawas CC / PAK (Pusat Akses Kendiri)
- Pengawas Asrama

Aku ikut kem ni sebagai pengawas asrama sebab buat masa ni, aku pegang jawatan sebagai setiausaha asrama (walaupun baru tahun ni masuk asrama.....). As always, aku selalu anticipate something new to learn at this camp. Kitorang camping kat Sembrong Agro Lake Resort. Tak lah jauh sangat daripada pusat bandar BP ni. Setakat satu jam perjalanan pergi....

Berbekalkan my digital camera and my trusty mp3, let the camping begins.... :)

Thursday, 21 February 2013

Running Man daebak~!

Assalamualaikum....
Dari kiri: Lee Kwangsoo, Kim Jong Kook, Yoo Jaesuk, Song Jihyo, Song Joong Ki, Ji Suk Jin, Haha & Gary
Hari ni, aku nak share salah satu minat aku kat korang. Baru-baru ni (tahun lepas), aku dah gila dengan Running Man. Gila maksud aku gila sampai obses dan syok gila-gila bila menonton Running Man. Tak kisah lah kat TV ke kat Internet atau downloaded.

Maybe not much daripada korang tau apa benda tu Running Man?

#SkuadBahasHS

4 debators (sebenarnya 5... tapi lagi sorang tu tak se-photogenic kitorang)

Wednesday, 20 February 2013